Thursday, September 18, 2014

Aku Kembali..

Assalamualaikum..

Peghh... Berapa lama tak bukak blog ni.. Since last post kot. Dh 3 tahun lebih dah rupanya. Hari ni baru tetiba teringat nak bukak balik sampai 2-3 kali taip password sebab dah lupa.. hehehe.. Dalam tempoh 3 tahun ni dah banyak perkara yang berlaku dan berubah dalam hidup aku. Bila baca balik post2 yang lepas boleh tergelak sendiri sebab macam poyo la plak ayat2nya. InsyaAllah, kalau ada masa dan mood nak tulis blog ni aku tulis la. Walaupon tak ada sape pon yang baca tapi just untuk saje2 dan memori sendiri je..

Sekian!!

Monday, April 11, 2011

Antara Alasanku..

assalamualaikum...

Berkurun dah entry kt draf, sekarang bru nak post...sibuk ngan beskal aku tak abis-abis...dah naik basi dah cite ni...huhuhu..

Bulan ni ade 3 org member aku akan kawen, dan aku mungkin dapat pegi 2 majlis je... Aku pon terpikir ape alasan yang aku nak gunapakai untuk jawap soalan-soalan diorg tu semua nanti... So, aku rase aku dah ade beberapa alasan... Bacalah alasan aku kat bawah ni sebelum korg tanya aku nanti ye...hehehe... ade ke org nak tanye nanti?? hahaha


Antaranya ialah.........


Sebenarnya aku bukan taknak berkahwin.. tapi aku tak puas enjoy lagi.. hehehe.. aku nak hidup bujang sampai puas dulu baru aku nak kahwin.. ya lah, orang cakap biar jahat masa muda takpa lagi daripada jahat masa tua, nanti anak bini terabai.. kah kah kah.. jadi biar aku explore hidup bujang ni sampai aku boring.. sebab tu aku tak kahwin lagi.. bila aku dah boring, aku akan carik la 'aweks' atau aku suruh ja mak aku carikkan bini untuk aku.. boleh??

Alasan kedua pula, aku tak kahwin sebab aku risau dalam pemilihan calon isteri ni.. zaman sekarang ni banyak perempuan liar.. luar nampak mcm ok je, tp mana tahu nanti aku kahwin, isteri aku tu dulu-dulu jenis selalu kena 'kekah' beramai-ramai.. wuuuiiii~ mintak simpang laaa.. jadi aku sangat berhati-hati ketika mencari pasangan.. sebab tu aku tak kahwin lagi.. settle??

Alasan ketiga ialah aku masih muda.. aku tak ready lagi nak tanggung dosa isteri aku.. korang ingat senang ke nak jaga isteri.. semua salah laku baik buruk dia kita yang tanggung tau! nak kahwin ni kena cukup ilmu didada, baru boleh bimbing orang.. kalau diri sendiri pun terhoyong hayang lagi, masakan nak jaga anak orang? ok??

Alasan keempat aku pulak ialah aku nak kumpul duit banyak-banyak dulu.. ye la, kahwin boleh dikatakan sekali ja seumur hidup, mestila aku nak buat kenduri yang 'grand'.. tak best la kalau buat cincai-cincai ja.. kenduri kahwin tu kan hari bersejarah untuk aku, takkan aku nak cacatkan sejarah aku dengan kenduri cincai-cincai.. eyyy!! aku sunat dulu pun bapak aku buat kenduri grand tau! kah kah kah..

Dan alasan paling best ialah, dah tak sampai seru lagi buat macam mana.. jodoh maut ditangan tuhan.. kalau ada jodoh, ada la.. kalau takda lg, tunggu la.. lagipun sekarang ni aku malas lagi nak pikir pasal kahwin ni.. banyak lagi benda lain untuk aku pikirkan.. nanti kalau dah kahwin, nak kena pikir pasal anak-anak, pasal nafkah, pasal tu pasal ni.. adoiii~~ srabut weh!!!
hehehe...


Err.. sebenarnya semua alasan-alasan yang aku bagitau tadi tu, alasan menipu untuk sedapkan cerita ja.. sebenarnya aku naaaaaak sangat kahwin.. naaaaaak sangat ada anak sendiri.. tapi... tapi..... tapi aku takdak calon!! kah kah kah.. orang lelaki memang selalu bagi alasan macam-macam kalau tak kahwin lagi.. tapi majoritinya ramai tak kahwin lagi sebab takdak duit & calon!! betoi dak? kah kah kah..



p/s : kepada perempuan diluar sana yang masih single dan leh terima seadanya, sila hubungi aku di talian 012-741****... nak pi masuk minang teruih!! kah kah kah..



Sekian Terima Kasih...


wassalam...

Wednesday, March 30, 2011

Life must be go on!

...Assalamualaikum...

Dalam banyak-banyak entri yang tengah dalam draf tu, aku pilih yang ini untuk aku post dulu....

Lately aku rase down sangat.. kenapa? Aku sendiri pon tak sure kenapa.. Banyak mende yang membuatkan aku down.. pasal keje?? personal life?? love story?? semuanya cantum jadi satu.. Bab keje tu takde la down sgt sebab rase macam takde keje je pon (hehehe).. Personal life?? erm, ok la jgk, cuma kadang-kadang rase macam bosan jugak la.. Oh ok, now I know the main problem is 'LOVE STORY'......

'LOVE STORY'.......'LOVE STORY'.......'LOVE STORY'.......

Nak cite 'LOVE STORY' aku?? aku mana la ada love story macam orang lain (hmmm).. Mesti la cite psal orang lain kan.. Aku takde masalah kalau diorg nak bercerita ke ape ke ngan aku.. At least aku leh tolong diorg release kan.. (ada sekarang yang dah sampai kawen pon ade...alhamdulillah. )Tp masalahnya aku NOTHING.. NOTHING ok NOTHING.. Pandai cakap je tapi aku sendiri tak betol lagi.. So, sekarang ni aku muhasabah diri aku dan aku aku rasa aku dah dapat jawapannya.. Apa jawapannya?? nanti la aku cerita dilain entri (tu pon kalau aku nak cerita la.. huhuhu).. Dan sebenarnya yang buat betol-betol aku down & stress ialah soalan-soalan yang aku akan tulis kat bawah ni..


Soalan yang biasa aku dengar & tiada jawapan utk itu sekaligus membuatkan aku down...

1. "Edy, umo dah berapa? bila nak kawen??"
2. "Adik ko dah nak langsung dah, ko bile lagi?? nak tunggu orang masuk minang jugak ker??"
3." Tahun ni adik ko, Tahun depan ko lak pulak kan?? takkan takde calon lagi?? jangan memilih sgt Edy"

Argghh... biarkan... Ditambah pulak dengan member-member aku semua ade yang dah beranak pinak, yang baru beranak pon ramai, yang akan kawen pon ade...semua tu...hmmmm.... Sekarang ni aku memang tak tau nak cakap ape.. Korg tunggu la selagi korg boleh tggu ye..tu pon kalau ade sesape nak tunggu la kan...huhuhu

k la, sampai sini dulu la ye....

p/s: emosi tak tenteram....

Sekian..

Wassalam...


Thursday, March 10, 2011

Hempap- menghempap ketika tidur

Bukan 'hempap' yang macam ini aku maksudkan.


Assalamualaikum...

Nak tanya korang... Korang pernah lalui tak fenomena dimana bila korang tidur korang rasa diri korang macam kene hempap/tindih? (sila baca sampai abis ye)... Fenomena macam ni korang sering kaitkan dengan jin, hantu, iblis, syaitan, draculla, vampire, twilight, edward cullen, vampir diaries and macam-macam lagi lah kan? Korang rasa betol ke semua-semua ini? (tak baik korang fitnah keturunan 'mereka'. sekali bukan diorang yang buat. camne?)..


Based on scientific fact lah kan,(macam la pakar sangat kan)... Fenomena ini dipanggil 'Sleep Paralysis'... Sleep bermaksud tido and paralysis bermaksud lumpuh... So, bila digabungkan jadi la tido sampai lumpuh ye (ganas gila bunyinya..haha)... Sleep paralysis ini selalunya berlaku semasa baru nak ke alam tido atau nak bangun tido... Secara normalnya bila kita tido badan kita akan switch off... Ni otak punya function lah ni... Dia kasi tau badan suruh switch off kecuali part-part yang automatik macam degupan jantung dan sistem pernafasan...(macam Dr. plak rasanya..hehe)..


Ok, sambung balik ye... Fanomena sleep paralysis ini terjadi bila otak kita lambat nak switch on badan kita balik... Time tu lah badan kita jadi lumpuh... Time tu lah korang cakap korang kene hempap dengan Edward Cullen lah, Jacob lah... Actually benda ini terjadi bergantung kepada kecekapan otak korang (takde la secekap keeper Malaysia.. hehe)... Sebab tu korang jangan malas-malas nak berfikir... Bila kita malas nak berfikir otak jadi lembab (kalau korang jenis otak lembab, tak boleh kata apa la kan...hehehe)... Bila otak jadi lembab selalu lah korang kene 'hempap' ini... Bila korang selalu kene 'hempap' time tu lah nak pi carik bomoh... Bila dah carik bomoh ni, korang boleh jadi syirik! MARAH betol rasa! So yang penting, korang jangan lah jadikan otak korang lembab... Baru lah sleep paralysis ini jarang berlaku... Ada faham?! =)


Aku pernah sekali je mengalami benda alah ini... Aku tak tahu la mimpi ke betol-betol... Tapi aku kene dalam bas masa nak pegi kursus mana ntah... Time pagi lak tu, mata nampak bas tgh bergerak, tapi aku tak boleh nak gerakkan badan, even nak bercakap pon tak boleh.. Tapi takde la pulak aku nampak lembaga hitam la pa la macam orang-orang selalu cakap kan.. Tapi kejap jela, lepas tu ok balik... Tak tau la tu sleep paralysis ke memang betol-betol kene hempap ngan makhluk tu kan.. Pastu tak boleh tido balik dah... huhuhu..


p/s: science + agama = LIKE.


wasaalam

Sunday, March 6, 2011

Blogger Lelaki vs Blogger Perempuan

bismillah...

Assalamualaikum..
Hai semua!! aku still dalam mood bersemangat untuk berblogging nih...hehehe... mungkin bila dah mula keje dan aktif ber cycling balik nanti, hurm..terpaksa di slowkan sikit (ntah2 stop terus, tau2 jela aku ni, hangat2 taik ayam je...hehehe)... Takde mase la kononnye nanti kan...hehehe.

Hari ni entry serius sikit (ceh, macam la serius sangat kan)... konon-konon nak serius la, padahal hancuss... aku ni bukan pandai nak serius-serius ni... yela, time orang semua cuak tgk aku excident pon sempat lg aku melawak....hehehe... So, nak terus cakap serius ni. ehemm... Korang rasa ada beza tak antara blogger lelaki ngan blogger perempuan?? uihh... Simpan parang panjang tu dulu eh... Ini bukan nak mendiskriminasi jantina ok, just tanya dan nak mintak pendapat korang je... boleh kan??




Bagi aku la kan, blogger lelaki ni, cara penulisan dia lain kot... Tak terlalu emo... Kebanyakan blog lelaki berbaur pendapat atau info semasa... Manakala bagi blogger perempuan pulak, lebih ke arah entry bersifat peribadi TAPI ada jugak blogger lelaki yang entrynya bersifat peribadi, bukan takde langsung contohnya aku sendiri... Ni aku bercakap secara umum je ok... Aku tau tak semua lelaki or perempuan macam tu kan... Masing-masing ade pilihan sendiri untuk tulis apa-apa je kat blog diorang...

Kebanyakan blogger lelaki ni pemalu (macam aku la ni..lalala)... semua pakat taknak interframe muka... Ada la jugak yang interframe tu, bukan takde langsung... Tak macam blogger perempuan, memang gambar muka diorang saje la (dah name pon persenol blog kan, sukati la diorang nak letak gambar muka diorang ke ape ke, ape da ko ni)...( ni suevey aku je tau, yang blogger perempuan jangan la banned aku lak lepas ni...huhu...eh, ni kan blog aku, sukati aku la ape aku nak tulis...hahaha..)...Kebanyakan blogger lelaki seolah bersifat misteri... err..misteri... boleh terima ke ayat tu? haha... Tapi hakikatnya macam tu la...

Haa...Lagi satu... Kekerapan update... Kalau yang ni memang pemenangnye ialah perempuan... Memang diorang ni selalu & kerap meng'update' blog diorang... Ade certain blogger tu, satu hari. 3, 4 entry publish... Wahh!!! hebat kan? setiap kali refresh, ade je blogger perempuan yang update entry baru... Manakala bagi blogger lelaki lak... Ada yang dua hari sekali, ada yang seminggu sekali, ada jugak yang sebulan or setahun sekali (macam cakap pasal diri sendiri je...huhu)...

Kesimpulannya, blogger lelaki ke perempuan ke khunsa ke, berblogging la secara enjoy!! Jangan pikir nak kumpul trafik dan follower je (macam la aku punya banyak sangat kan)... Kalau niat tu ikhlas, suci, murni, Insya Allah semua tu datang sendiri bersama usaha yang korang kepilkan (macam ustaz blog pulak rasenye..hehe..)... Jangan lupa tang usaha sekali tau!! Happy blogging all!

wassalam...

p/s : dah 4.30 pagi, tido la ape lagi....zzzzzzz

Friday, March 4, 2011

1st appointment..

bismillah...

Macam tajuk yang kat atas tu.. Hari ni 1st appointment aku dengan hospital lepas aku discharge Isnin hari tu.. Dalam kad yg dibagi, appointment kol 12 tgh hari.. So, aku gerak dalam kol 11.30 dari rumah (ayah yang drive bawak pegi hospital).. So far tepat pada masa aku sampai.. lepas ambil nombor ape bagai, aku jumpa 2 orang Dr yang incharge aku hari tu, Dr. Saliza & Dr. Tang (cun giler beb 2 orang aweks ni).. Then, lepas di check-up & dressing muka aku ni, salah sorang dari aweks (Dr) ni bagitau, "nanti Isnin 7hb datang ye, pukul 2ptg.. kita bukak jahitan tu".. maknanya, aku ade lg 1 appointment dengan awek-awek tu... hehehe...

Lepas siap semua, kebetulan waktu melawat baru start, aku dgn ayah pegi melawat sepupu dia pulak (orang sakit melawat orang sakit...hehehe).. dekat HSA jugak, tp wad kelas pertama (1st time masuk wad kelas pertama hospital kerajaan, jakun kejap..hehehe)... sakit ape aku pon tak berapa sure sangat.. habis waktu melawat pukul 2, aku pegi unit rekod perubatan jap untuk amek surat pengesahan masuk dan keluar hospital, sebab aku nak claim insurans, so, dokumen ni dia nak..kejap je, xlama pon.. pastu terus balik...

Sampai rumah, aku drive sendiri lak pegi UTM sebab nak bagi surat pengesahan td kt Abg. Hamzah cos dia yang akan uruskan pasal insurans tu, pastu aku nak bagi MC sekali.. Lepas settle semua tu, nak balik pon bukan buat ape kt rumah kn, so, lepak-lepak la nyembang (ngumpat je lebih kot...hehehe) sambil buang mase kt stor.. 4.45 ptg aku chow balik cos perut dah lapar dari pagi tak makan...huhuhu..

k la, cukup la utk entri kali ni...


p/s: next appointment >>> 7hb (isnin)... tak sabar....hehehe...


wassalam..

Wednesday, March 2, 2011

hari ahad yang lepas, dalam kol 11 pagi (lebih kurang) 1st excident aku dengan MTB.. yang sedihnya bukan dengan basikal aku, basikal orang..tak pasal2 basikal orang tu rosak (sori erel)..ape yg rosak aku pon xsure sbb aku pon xsempat nk tanye pasal mende tu..

Ceritanya lebih kurang mcm ni.. aku cuba buat aksi stunt iaitu terbang kt 'launcher' yang ada kt sana...aku dah tryterbang 4-5 kali pkai beskal aku dan aku selamat landing dengan baik, tp kerana xpuas hati tak boleh terbang jauh yg alasan kononnye basikal aku berat (padahal memang berat pon), aku pon capai la basikal member aku si erel tu.. lepas tggu turn aku pon meluncur laju dengan basikal 2, pastu aku xingt dah macam mana & apa yg jadi.. sedar2 je dah ade 2 org pak polisi yang member2 aku panggil tengah tengok keadaan aku..

dan inilah hasilnya..


2 jam tunggu ambulance baru sampai (kata member2 aku la), katenye sesat, xpe ok la...dah sampai stretcher pulak tak bawak, dah terpaksa aku diusung dari atas bukit ke bawah tempat ambulance parking... ditemani kawan aku 'apek' aku dibawak ke HSA JB..
ning nong ning nong (bunyi ambulance)

Dipendekkan cite, lepas sampai hospital, aku kene jahit kt 3 tempat.. area pipi (21 jahitan), atas kening (6 jahitan), dalam bibir ( 6 jahitan)...total 33 jahitan wo...sakitnya tuhan jela yang tau kn bila dah abis bius...fuh!!!

dok la aku hospital 2 hari..


aku discharge hari isnin pukul 1.30tgh ari..
ape lg, Dr. dah bg keluar tu xreti2 nk balik...bosan dok kt hospital tu...huhuhu

p/s :- terima kaseh pada kawan2 dan sedara mara yg dtg melawat semasa aku kt hospital, baru dpt rase betapa hepinye klau ade org melawat time kite sakit..dan terasa mcm masih ada yang sayang....